11.0 RUMUSAN & JUSTIFIKASI
Cabaran
yang paling besar dalam dunia perniagan pada hari ini adalah untuk terus
bertahan dan berdaya saing. Kita harus mengambil inisiatif bergerak seiiringan
dengan perubahan masa dan teknologi dalam menempuhi kehidupan seharian kita.
Oleh yang demikian , First Garden Entreprise ini telah mengambil langkah
drastik bagi menubuhkan kedai koperasi bagi memajukan diri di bidang perniagaan
perisian E-Kamus Bahasa Arab ini. Berdasarkan kepada maklumat yang telah di
kongsi bersama, jangkaan pasaran , kedudukan kewangan dan prestasi syarikat,
pihak kami berkeyakinan penuh projek yang di cadangkan adalah berdaya maju dan
mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang sedia ada. Kami menjangkakan
berdasarkan prestasi, kualiti, perkhidmatan dan nilai produk , syarikat mampu
menjadi contoh sebuah syarikat yang efektif, unggul, innovatif dan berteknologi
tinggi di kaca mata segenap lapisan masyarakat.Diharap dengan kerjasama semua
pihak, dapat memberi semangat dan perangsang kepada pihak kami dalam
merialisasikan impian kami sebagai sebuah organisasi yang berdaya maju dan
mampu meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam. Semoga cadangan projek ini
akan mendapat pertimbangan dan kelulusan sepenuhnya daripada badan induk
koperasi.
Secara keseluruhan didapati
perniagaan ini amat berpotensi besar
untuk maju. Hal ini didapati daripada sumber kewangan yang mencukupi dan
prospek pemasaran yang memuaskan serta organisasi yang teratur dan sistematik
serta kedudukan yang strategik bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri
daripada golongan remaja ke premis kami. Berikutan dengan perniagaan ini amat
mementingkan aspek produk, kami juga mensasarkan pulangan keuntungan yang baik
dalam masa yang dijangka. Konklusinya, diharap perniagaan kami berjaya mencapai
objektif yang dirancang.