BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 28 November 2012

BAB 2: TUJUAN PERNIAGAAN


2.0. TUJUAN
      Tujuan penyediaan rancangan perniagaan ini adalah sebagai garis panduan untuk mengurus perniagaan. Selain itu, bertujuan untuk mencapai objektif dan matlamat perniagaan serta membentangkan struktur perniagaan syarikat ini yang meliputi aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan yang berpotensi bagi perniagaan ini. Ianya juga sebagai bukti bahawa syarikat ini telah menceburi bidang perniagaan dan juga untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Sebagai syarikat yang baru, rancangan perniagaan ini penting sebagai sumber rujukan dan juga panduan. Projek dan lokasi ini dipilih kerana:
a)      Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil dan banyak tertumpu kepada Kompleks membeli belah di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
b)      Lokasi prasarana yang strategik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa akan datang.
c)      Tempat letak kereta yang luas dan memuatkan jumlah pelanggan yang ramai.
d)     Keperluan mahasiswa yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 1000 pelajar yang mengambil subjek bahasa arab terutamanya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Bahasa dan Linguistik (bahasa arab) serta tenaga pengajar yang memerlukan rujukan terjemahan bahasa arab yang betul.

Dengan adanya kedai Perisian E-Kamus Bahasa Arab di lokasi tersebut, pelajar dapat menjimatkan kos pengangkutan, masa dan wang disamping beramal bagi membantu memajukan ekonomi masyarakat Islam amnya. Disebabkan  kepelbagaian ini mampu berdaya saing dan berkembang maju dengan memonopoli kuasa pasaran pelanggan masyarakat setempat.

0 comments: