6.0
RANCANGAN PEMASARAN
6.1
Analisis Pasaran
Konsep perniagaan yang kami
jalankan adalah berasaskan produk iaitu penjualan Perisian E-Kamus. Sasaran
utama perniagaan syarikat kami ialah para pelajar dan kakitangan Universiti
Malaya serta pengunjung luar. Oleh itu,
kami mensasarkan pelanggan kami terdiri daripada golongan berpendapatan
sederhana dan golongan remaja iaitu kakitangan dan pelajar UM. Hal ini kerana perniagaan
berasaskan perisian bahasa Arab kurang diketengahkan di Universiti Malaya ini.
Maka dengan itu, syarikat kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
perniagaan tersebut bersesuaian dengan permintaan pelanggan di sekitar kawasan
ini terhadap produk ini terutamanya para pelajar yang mengambil subjek bahasa
arab khususnya pelajar Akademi Pengajian Islam, pelajar Fakulti Bahasa dan
Linguistik yang mengambil bahasa arab serta tenaga pengajar Universiti Malaya
yang memerlukan rujukan bahasa arab yang betul. Oleh itu First Garden
Enterprise akan menawarkan perkhidmatan perniagaan ini untuk permintaan
pengguna di Universiti Malaya secara khususnya dan pengguna dari luar kampus
Universiti Malaya secara amnya, seterusnya mampu memonopolikan perniagaan ini
secara keseluruhannya.
6.2 Bentuk Pasaran
6.2.1 Aktiviti Perniagaan dan
Perkhidmatan
o
Perniagaan berasaskan produk perisian.
6.2.2 Potensi Perniagaan
o
Berpotensi untuk mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada penduduk sekitar di mana kawasan jualan berada berdekatan dengan
kawasan tumpuan umum.
6.3 Saiz Pasaran
Anggaran kasar
jumlah populasi pelanggan dikawasan kampus Universiti Malaya adalah 10,000.
Kami mensasarkan 75% daripada pelajar Universiti Malaya dan 25% daripada
penduduk sekitar Kuala Lumpur.
6.4 Barangan/Perkhidmatan
Produk/
Perkihdmatan
|
Harga
per/unit (RM)
|
Kekuatan/Kelebihan
|
1) Perisian E-Kamus
|
RM 100.00
|
-Harga berpatutan dan
menarik
-Memudahkan pelanggan
mendapatkan keperluan ini dengan segera.
-membantu pelanggan untuk menjimatkan kos minyak
-Mudah mendapat perhatian daripada pelanggan
dengan produk yang pelbagai
- Melengkapkan keperluan pelanggan
|
2) JUMLAH
|
RM 100.00
|
6.5 Pelanggan
6.5.1 Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran adalah terdiri daripada golongan pelajar Universiti
Malaya, pelajar sekolah di kawasan berdekatan, dan penduduk-penduduk setempat.
Hal ini kerana lokasi kami terletak di dalam kawasan tumpuan umum kerana Universiti
Malaya terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
6.6 Persaingan:
Pesaing daripada
Syarikat yang berdekatan
Nama& Alamat Pesaing
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
1. Google
Translate/ Enjin Carian Google translate.
2. Carikata/ Amaniz
Corporation.
|
Jenama
popular dikalangan pelajar dan pasaran yang luas.
|
Terjemahan
tidak teratur dan banyak kesilapan.
Terjemahan
serupa Google Translate kerana menggunakan enjin carian yang sama.
|
6.7 Ramalan Jualan
Andaian bulan
pertama :
Hasil jualan adalah sebanyak RM2000.00 bagi keseluruhan produk.
Andaian empat bulan :
Hasil jualan adalah sebanyak RM5000.00 bagi keseluruhan produk.
6.8 Syer Jualan
Kami mensasarkan
75% daripada pelajar Universiti Malaya dan 25% daripada pelanggan disekitar
Kuala Lumpur.
6.9 Penyediaan
Ramalan Jualan:
6.10 Strategi
Pemasaran
6.10.1 Strategi produk/perkhidmatan
o Menggunakan label “First Garden Enterprise”
dalam bungkusan perisian
o Jenama FGE -“First Garden
Enterprise”
6.10.2
Promosi
o Mengedarkan ‘flyers’ kepada
pelanggan setempat dan kolej-kolej
berdekatan
o Mempromosikan perkhidmatan secara
bersemuka
( kolej ke kolej, buat ekspo ke seluruh
universiti tempatan)
o Media cetak (katalog)
o Media
Elektronik (facebook, twitter, friendster, yahoo messenger,blog)
6.10.3 Harga
o Murah dan berpatutan
o Sesuai untuk semua golongan
6.10.4
Pengedaran
o
Jualan terus
o
Jualan di booth
6.11
Belanja
pemasaran
6.11.1
Aset Tetap
o
Pengangkutan
o
Telefon
6.11.2
Modal Pusingan
o
RM600
6.11.3
Belanja Lain
o
Minyak kereta
o
Sewa Booth
o
Lain-lain Peralatan
0 comments:
Post a Comment