BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 November 2012

Reflection 2

Permasalahan dalam industri;


1.industri batik







Masalah dalam industri batik juga mengdapi masalah, antaranya:
1. Generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan industri batik. Golongan muda lebih suka bekerja di kilang-kilang. Bekerja dalam industri batik tidak glamor pada pandangan mereka dan mereka berhijrah ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu.
2. Industri batik juga menghadapi persaingan dengan industri tekstil  biasa. Pakaian dari kain-kain lain lebih murah berbanding batik. Kain-kain lain dihasilkan secara besar-besaran di kilang menggunakan kos yang lebih murah secara purata. Pasaran batik tidak meluas berbanding kain biasa yang dipasarkan diseluruh dunia.
3. Industri batik juga menghadapi masalah kekurangan modal. Institusi kewangan dan bank tidak yakin untuk memberi pinjaman kepada  pengusaha industri batik. Kekurangan modal menyebabkan teknologi baru dan canggih tidak dapat digunakan.




Beberapa langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk mempopularkan batik, antaranya.
1. Kerajaan menggiatkan pemakaian batik dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, kakitangan awam ditetapkan pada hari khamis setiap minggu mesti memakai batik. Kerajaan juga boleh menjadikan batik sebagai pakaian rasmi untuk aktiviti rasmi yang berkaitan kerajaan. Bagi menggalakkan rakyat memakai batik kempen melalui media massa hendakalah dibuat secara agresif.
2. Kerajaan seharusnya membantu pengusaha batik meneroka pasaran baru. Pasaran batik yang meluas akan mempopularkan lagi pemakaian batik. Bagi meluaskan pasaran batik kerajaan menggalakkan pengusaha batik membuka cawangan perniagaan mereka di luar negara. Kerajaan juga boleh membantu menganjurkan pameran industri batik kita di luar negara.
3. Bagi mempopularkan batik galakan langsung kerajaan amat diperlukan. Kerajaan boleh memberi pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri batik. Kerajaan juga hendaklah membina kilang-kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan desa dan luar bandar untuk mengusahakan batik. Kerajaan juga boleh membantu dalam pemasaran batik disamping menurunkan kadar cukai eksport untuk batik.
4. Untuk memajukan industri batik dalam jangka panjang, kerajaan dengan kerjasama IPT boleh menawarkan kursus mengenai industri batik di IPT. Penawaran kursus mengenai batik secara formal dapat menggalakkan generasi muda terlibat dalam industri batik ini. Penglibatan golongan muda dalam industri batik akan meneruskan penggunaan batik di masa depan.
5. Untuk menggalakkan penggunaan batik, sumbangan R & D sangat penting. R & D dapat menghasilkan fabrik yang bermutu tinggi. Di samping itu, R&D juga menghasilkan fesyen-fesyen batik yang 'up to date'. Fesyen batik yang terkini akan menarik ramai orang menggunakan batik.


2.Industri pembinaan:


Sektor pembinaan  ialah bidang yang berkaitan rapat dengan perniagaan dan perindustrian. Ekonomi Negara dijana melalui sektor-sektor sebegini. Perkembangan sektor binaan  yang pesat menyebabkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang tinggi. Keperluan ini tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya minat dikalangan belia tempatan kerana kadar gaji yang rendah serta kuantiti kerja, dan kebajikan pekerja. Pengambilan pekerja asing merupakan jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak kontraktor dan pengusaha ladang tetapi sekiranya kebergantungan yang tertalu tinggi kepada pekerja asing ini berterusan akan memperlihatkan seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan yang mahir. Memastikan fenomena ini tidak berterusan beberapa langkah-langkah penyelesaian dan pendekatan yang strategik perlu diambil oleh semua pihak yang berkenaan bagi menarik minat pekerja tempatan mencuburi sektor pembinaan.
                  Antara punca Kontraktor menghadapi kesukaran bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif yang tinggi. Dalam realiti kehidupan seharian industri pembinaan dilihat kurang menarik minat belia lepasan persekolah kerana kurangnya pendedahan oleh pihak sekolah terhadap potensi yang ada di dalam sektor ini. Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang tinggi akan lebih berminat dengan sektor yang menawarkan gaji lumayan serta kondisi tempat pekerjaan yang lebih baik. Situasi sebegini turut dihadapi pengusaha sektor perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini dibanjiri oleh pengunaan tenaga kerja asing yang tinggi.

                 Terdapat golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang akedemi tetapi mereka sebenarnya mampu memajukan diri di dalam bidang yang berkaitan kemahiran. Kini golongan belia yang tidak mempunyai pendidikan akedemik yang tinggi dilihat akan lebih terjerumus kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti berpeleseran di pusat membeli belah, melepak, malah terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Merekrut belia tempatan sebenarnya akan membawa kebaikan kepada semua pihak kerana dengan cara ini ekonomi negara akan meningkat, statistik pengangguran akan berkurangan malah kadar jenayah turut dijangka menurun. Pekerja tempatan dilihat sering mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai kesungguhan di dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi, mereka akan cepat merungut sekiranya dikehendaki melakukan kerja-kerja sukar atau diminta bekerja lebih masa. Gaji yang ditawarkan dikatakan tidak memuaskan padahal kualiti kerja mereka penyebab kepada situasi sebegini berlaku. Etika kerja pekerja tempatan yang kurang memuaskan penyebab kebeterusan kebergantungan tenaga kerja asing didalam bidang pembinaan dan perladangan.


TQ.Have a nice Day!!!

0 comments: