RINGKASAN EKSEKUTIF
Bersempena dengan subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan
2012 ini, syarikat First Garden Enterprise dikehendaki membuat satu rancangan
perniagaan. Peluang perniagaan yang disediakan ini akan memberi pengetahuan
kepada ahli syarikat ini untuk melaksanakan perniagaan secara praktikal setelah
mempelajari segala aspek yang berkaitan dengan subjek asas pembudayaan
keusahawanan secara teori dan setelah mengikuti seminar keusahawan yang telah
dijalankan. Oleh itu, di dalam rancangan eksekutif ini akan menerangkan secara
ringkas elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan oleh syarikat First
Garden Enterprise. Elemen-elemen tersebut seperti berikut:-
Nama syarikat :
First Garden Entreprise.
Bilangan ahli syarikat: 6 orang ( 6 orang lelaki).
Lokasi : Sebelah bangunan Kompleks Perdana Siswa.
Modal perniagaan: RM 600.00
Cadangan perniagaan atau perkhidmatan produk:
1.0 PENDAHULUAN
Cabaran dan
tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam
dalam menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik
perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan
golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing selaras dengan
tuntuan junjungan umat islam, Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan
yang Berjaya dan disegani oleh sekalian kaum. Baginda menyeru umatnya mencari
9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber
perniagaan, maka marilah kita sama-sama mengambil inisiatif untuk menyahut
seruan dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bagi melaksanakan
tuntutan agama, bangsa dan negara.
Berdasarkan
minat serta penelitian yang tinggi maka, kami dengan sebulat suara bercadang
untuk menubuhkan Booth Perisian E-Kamus Bahasa Arab yang beroperasi
sebagai pusat perniagaan perisian E-kamus bahasa arab.
1.1
: PENGENALAN SYARIKAT
First
Garden Enterprise ditubuhkan pada 14 September 2012
dengan penubuhannya secara milikan bersama iaitu seramai 6 orang ahli yang akan menjalankan perniagaan
perisian E-Kamus Bahasa Arab. First Garden Enterprise merupakan syarikat
milik bumiputera, dengan bermottokan “CEKAL, BERTANGGUNGJAWAB, KOMITED”, mampu
untuk memberi suntikan semangat kepada ahli syarikat bagi melaksanakan peluang
perniagaan yang sedia ada dan mampu bersaing dipersada alam perniagaan.
Premis
perniagaan ini terletak bersebelahan bangunan Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya Kuala Lumpur. Hal ini memberi peluang dan potensi perniagaan yang
amat cerah kepada First Garden Enterprise dan dijangka akan mendapat
sambutan yang menggalakkan kerana keunikan barangan jualannya dan kedudukan
yang strategik, dimana ianya terletak berhampiran dengan jalan raya yang
merupakan laluan utama dalam Universiti Malaya serta bersebelahan bangunan
Kompleks Perdana Siswa yang mengalakkan lagi mahasisawa datang ke Kedai First
Garden Enterprise .
Penubuhan First Garden Enterprise adalah hasil
daripada perbincangan antara ahli kumpulan dalam mewujudkan peluang perniagaan
yang mampu untuk berkembang dari segi keadaan semasa dan potensi iaitu dengan
perniagaan barangan yang pelbagai seperti perisian E-kamus bahasa arab.
0 comments:
Post a Comment