BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 28 November 2012

BAB 11: RUMUSAN DAN JUSTIFIKASI


11.0 RUMUSAN & JUSTIFIKASI
Cabaran yang paling besar dalam dunia perniagan pada hari ini adalah untuk terus bertahan dan berdaya saing. Kita harus mengambil inisiatif bergerak seiiringan dengan perubahan masa dan teknologi dalam menempuhi kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian , First Garden Entreprise ini telah mengambil langkah drastik bagi menubuhkan kedai koperasi bagi memajukan diri di bidang perniagaan perisian E-Kamus Bahasa Arab ini. Berdasarkan kepada maklumat yang telah di kongsi bersama, jangkaan pasaran , kedudukan kewangan dan prestasi syarikat, pihak kami berkeyakinan penuh projek yang di cadangkan adalah berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang sedia ada. Kami menjangkakan berdasarkan prestasi, kualiti, perkhidmatan dan nilai produk , syarikat mampu menjadi contoh sebuah syarikat yang efektif, unggul, innovatif dan berteknologi tinggi di kaca mata segenap lapisan masyarakat.Diharap dengan kerjasama semua pihak, dapat memberi semangat dan perangsang kepada pihak kami dalam merialisasikan impian kami sebagai sebuah organisasi yang berdaya maju dan mampu meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam. Semoga cadangan projek ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan sepenuhnya daripada badan induk koperasi.
            Secara keseluruhan didapati perniagaan ini amat berpotensi  besar untuk maju. Hal ini didapati daripada sumber kewangan yang mencukupi dan prospek pemasaran yang memuaskan serta organisasi yang teratur dan sistematik serta kedudukan yang strategik bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada golongan remaja ke premis kami. Berikutan dengan perniagaan ini amat mementingkan aspek produk, kami juga mensasarkan pulangan keuntungan yang baik dalam masa yang dijangka. Konklusinya, diharap perniagaan kami berjaya mencapai objektif yang dirancang.

0 comments: