BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 28 November 2012

BAB 3: LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


3.0 : LATAR BELAKANG SYARIKAT
     Nama Syarikat       : First Farden Entreprise
     Alamat Syarikat     : Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah,
                                     Universiti Malaya,
                                     50603 Lembah Pantai,
                                     Kuala Lumpur.
     No. Telefon            : 0132838398
     Bentuk Syarikat     : Milikan Bersama
Kegiatan Utama       :Menjual perisian E-Kamus Bahasa Arab
     Tarikh Mula            : 14 September 2012
     Modal Pemilik        : RM600

BAB 2: TUJUAN PERNIAGAAN


2.0. TUJUAN
      Tujuan penyediaan rancangan perniagaan ini adalah sebagai garis panduan untuk mengurus perniagaan. Selain itu, bertujuan untuk mencapai objektif dan matlamat perniagaan serta membentangkan struktur perniagaan syarikat ini yang meliputi aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan yang berpotensi bagi perniagaan ini. Ianya juga sebagai bukti bahawa syarikat ini telah menceburi bidang perniagaan dan juga untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Sebagai syarikat yang baru, rancangan perniagaan ini penting sebagai sumber rujukan dan juga panduan. Projek dan lokasi ini dipilih kerana:
a)      Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil dan banyak tertumpu kepada Kompleks membeli belah di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
b)      Lokasi prasarana yang strategik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa akan datang.
c)      Tempat letak kereta yang luas dan memuatkan jumlah pelanggan yang ramai.
d)     Keperluan mahasiswa yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 1000 pelajar yang mengambil subjek bahasa arab terutamanya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Bahasa dan Linguistik (bahasa arab) serta tenaga pengajar yang memerlukan rujukan terjemahan bahasa arab yang betul.

Dengan adanya kedai Perisian E-Kamus Bahasa Arab di lokasi tersebut, pelajar dapat menjimatkan kos pengangkutan, masa dan wang disamping beramal bagi membantu memajukan ekonomi masyarakat Islam amnya. Disebabkan  kepelbagaian ini mampu berdaya saing dan berkembang maju dengan memonopoli kuasa pasaran pelanggan masyarakat setempat.

BAB 1: PENDAHULUAN & RINGKASAN EKSEKUTIF


RINGKASAN EKSEKUTIF

            Bersempena dengan subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan 2012 ini, syarikat First Garden Enterprise dikehendaki membuat satu rancangan perniagaan. Peluang perniagaan yang disediakan ini akan memberi pengetahuan kepada ahli syarikat ini untuk melaksanakan perniagaan secara praktikal setelah mempelajari segala aspek yang berkaitan dengan subjek asas pembudayaan keusahawanan secara teori dan setelah mengikuti seminar keusahawan yang telah dijalankan. Oleh itu, di dalam rancangan eksekutif ini akan menerangkan secara ringkas elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan oleh syarikat First Garden Enterprise. Elemen-elemen tersebut seperti berikut:-
Nama syarikat :  First Garden Entreprise.
Bilangan ahli syarikat: 6 orang ( 6 orang lelaki).
Lokasi : Sebelah bangunan Kompleks Perdana Siswa.
Modal perniagaan: RM 600.00
Cadangan perniagaan atau perkhidmatan produk:


  


1.0 PENDAHULUAN
Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing selaras dengan tuntuan junjungan umat islam, Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya dan disegani oleh sekalian kaum. Baginda menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan, maka marilah kita sama-sama mengambil inisiatif untuk menyahut seruan dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi maka, kami dengan sebulat suara bercadang untuk menubuhkan Booth Perisian E-Kamus Bahasa Arab yang beroperasi sebagai pusat perniagaan perisian E-kamus bahasa arab.
  
1.1 : PENGENALAN SYARIKAT
First Garden Enterprise ditubuhkan pada 14 September 2012 dengan penubuhannya secara milikan bersama iaitu seramai  6 orang ahli yang akan menjalankan perniagaan perisian E-Kamus Bahasa Arab. First Garden Enterprise merupakan syarikat milik bumiputera, dengan bermottokan “CEKAL, BERTANGGUNGJAWAB, KOMITED”, mampu untuk memberi suntikan semangat kepada ahli syarikat bagi melaksanakan peluang perniagaan yang sedia ada dan mampu bersaing dipersada alam perniagaan.
Premis perniagaan ini terletak bersebelahan bangunan Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Hal ini memberi peluang dan potensi perniagaan yang amat cerah kepada First Garden Enterprise dan dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana keunikan barangan jualannya dan kedudukan yang strategik, dimana ianya terletak berhampiran dengan jalan raya yang merupakan laluan utama dalam Universiti Malaya serta bersebelahan bangunan Kompleks Perdana Siswa yang mengalakkan lagi mahasisawa datang ke Kedai First Garden Enterprise .
 Penubuhan  First Garden Enterprise adalah hasil daripada perbincangan antara ahli kumpulan dalam mewujudkan peluang perniagaan yang mampu untuk berkembang dari segi keadaan semasa dan potensi iaitu dengan perniagaan barangan yang pelbagai seperti perisian E-kamus bahasa arab.

RANCANGAN PERNIAGAAN

Finally,we had done our proposal...

to  know more about our business plan, please follow our work in progress..

TQ..

Thursday, 22 November 2012

Reflection 2

Permasalahan dalam industri;


1.industri batik







Masalah dalam industri batik juga mengdapi masalah, antaranya:
1. Generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan industri batik. Golongan muda lebih suka bekerja di kilang-kilang. Bekerja dalam industri batik tidak glamor pada pandangan mereka dan mereka berhijrah ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu.
2. Industri batik juga menghadapi persaingan dengan industri tekstil  biasa. Pakaian dari kain-kain lain lebih murah berbanding batik. Kain-kain lain dihasilkan secara besar-besaran di kilang menggunakan kos yang lebih murah secara purata. Pasaran batik tidak meluas berbanding kain biasa yang dipasarkan diseluruh dunia.
3. Industri batik juga menghadapi masalah kekurangan modal. Institusi kewangan dan bank tidak yakin untuk memberi pinjaman kepada  pengusaha industri batik. Kekurangan modal menyebabkan teknologi baru dan canggih tidak dapat digunakan.




Beberapa langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk mempopularkan batik, antaranya.
1. Kerajaan menggiatkan pemakaian batik dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, kakitangan awam ditetapkan pada hari khamis setiap minggu mesti memakai batik. Kerajaan juga boleh menjadikan batik sebagai pakaian rasmi untuk aktiviti rasmi yang berkaitan kerajaan. Bagi menggalakkan rakyat memakai batik kempen melalui media massa hendakalah dibuat secara agresif.
2. Kerajaan seharusnya membantu pengusaha batik meneroka pasaran baru. Pasaran batik yang meluas akan mempopularkan lagi pemakaian batik. Bagi meluaskan pasaran batik kerajaan menggalakkan pengusaha batik membuka cawangan perniagaan mereka di luar negara. Kerajaan juga boleh membantu menganjurkan pameran industri batik kita di luar negara.
3. Bagi mempopularkan batik galakan langsung kerajaan amat diperlukan. Kerajaan boleh memberi pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri batik. Kerajaan juga hendaklah membina kilang-kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan desa dan luar bandar untuk mengusahakan batik. Kerajaan juga boleh membantu dalam pemasaran batik disamping menurunkan kadar cukai eksport untuk batik.
4. Untuk memajukan industri batik dalam jangka panjang, kerajaan dengan kerjasama IPT boleh menawarkan kursus mengenai industri batik di IPT. Penawaran kursus mengenai batik secara formal dapat menggalakkan generasi muda terlibat dalam industri batik ini. Penglibatan golongan muda dalam industri batik akan meneruskan penggunaan batik di masa depan.
5. Untuk menggalakkan penggunaan batik, sumbangan R & D sangat penting. R & D dapat menghasilkan fabrik yang bermutu tinggi. Di samping itu, R&D juga menghasilkan fesyen-fesyen batik yang 'up to date'. Fesyen batik yang terkini akan menarik ramai orang menggunakan batik.


2.Industri pembinaan:


Sektor pembinaan  ialah bidang yang berkaitan rapat dengan perniagaan dan perindustrian. Ekonomi Negara dijana melalui sektor-sektor sebegini. Perkembangan sektor binaan  yang pesat menyebabkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang tinggi. Keperluan ini tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya minat dikalangan belia tempatan kerana kadar gaji yang rendah serta kuantiti kerja, dan kebajikan pekerja. Pengambilan pekerja asing merupakan jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak kontraktor dan pengusaha ladang tetapi sekiranya kebergantungan yang tertalu tinggi kepada pekerja asing ini berterusan akan memperlihatkan seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan yang mahir. Memastikan fenomena ini tidak berterusan beberapa langkah-langkah penyelesaian dan pendekatan yang strategik perlu diambil oleh semua pihak yang berkenaan bagi menarik minat pekerja tempatan mencuburi sektor pembinaan.
                  Antara punca Kontraktor menghadapi kesukaran bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif yang tinggi. Dalam realiti kehidupan seharian industri pembinaan dilihat kurang menarik minat belia lepasan persekolah kerana kurangnya pendedahan oleh pihak sekolah terhadap potensi yang ada di dalam sektor ini. Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang tinggi akan lebih berminat dengan sektor yang menawarkan gaji lumayan serta kondisi tempat pekerjaan yang lebih baik. Situasi sebegini turut dihadapi pengusaha sektor perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini dibanjiri oleh pengunaan tenaga kerja asing yang tinggi.

                 Terdapat golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang akedemi tetapi mereka sebenarnya mampu memajukan diri di dalam bidang yang berkaitan kemahiran. Kini golongan belia yang tidak mempunyai pendidikan akedemik yang tinggi dilihat akan lebih terjerumus kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti berpeleseran di pusat membeli belah, melepak, malah terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Merekrut belia tempatan sebenarnya akan membawa kebaikan kepada semua pihak kerana dengan cara ini ekonomi negara akan meningkat, statistik pengangguran akan berkurangan malah kadar jenayah turut dijangka menurun. Pekerja tempatan dilihat sering mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai kesungguhan di dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi, mereka akan cepat merungut sekiranya dikehendaki melakukan kerja-kerja sukar atau diminta bekerja lebih masa. Gaji yang ditawarkan dikatakan tidak memuaskan padahal kualiti kerja mereka penyebab kepada situasi sebegini berlaku. Etika kerja pekerja tempatan yang kurang memuaskan penyebab kebeterusan kebergantungan tenaga kerja asing didalam bidang pembinaan dan perladangan.


TQ.Have a nice Day!!!

Reflection 4



Pada sesi pembelajaran yang lepas kami telah memperlajari cara untuk membentuk bussines plan yang dikendalikan oleh Mr Bernard.Ini adalah satu ilmu yang baru kepada kami..Kami dikehendaki mengisi satu bussines plan yang mengandungi ciri-ciri tersebut:



1. Customers Segments

2. Value Proposition

3. Channels

4. Customer Relationships

5. Revenue Streams

6. Key Resources

7. Key Activities

8 .Key Partnership

9 .Cost Structure

nanti kami akan update bussines plan kami jika telah selesai perbincangan bersama ahli kumpulan kami..tq
peace!!!

Wednesday, 7 November 2012

Reflection 3

Assalammualaikum & Selamat sejahtera..

Pada sesi pengajaran yang lepas di kelas APK,Mr Bernard memberikan kami satu tugasan.Tugasa tersebut ialah dimana kami diminta untuk mencari idea bagaiman untuk meningkatkan pembelajaran pendidikan islam di sekolah dengan menggunakan kemudahan ICT..

Kami diminta mencari idea yang "CRAZY" untuk menarik minat pelajar untuk belajar pendidikan islam di sekolah..Selain itu juga idea tersebut boleh diguna pakai untuk menarik minat org lain untuk membeli produk hasil daripada idea kta yg tersebut..





Hasil perbincangan dengan ahli kumpulan kami telah memikirkan beberapa idea untuk tugasan ini.Antara idea kami ialah:

1.Menjadikan papan hitam di sekolah ditukar menjadi papan Touch Screen yang besar..Para pelajar kebiasaannya berminat dengan sesuatu yang agak lain..Ini akan menjadikan sesi pembelajaran akan menjadi menarik..Dalam waktu yang sama,para guru boleh mereka suatu permainan dalam papan tersebut bersesuaian dengan sesi pembelajaran yang hendak diajar...

Mr Bernard also gave some advised kepada kami agar support each other dalam melakukan sesuatu pekerjaan..Di samping itu beliau juga mengingatkan kami di kelas agar go where the oppurtunity is..Ini kerana peluang bukan selalu datang kepada kita..maka rebutlah peluang yang ada...



Mr Bernard juga rekomenkan kepada kami agar search islamic application untuk melihat aplikasi2 yang digunakan pada masa kini menggunakan kemudahan ICT.



kami berharap kelas akan menjadi lebig menarik di masa akan datng..TQ..


Have a nice Day...